Resepi Ayam Rebus Sihat Sesuai Untuk Diet | Cheyah Saripuddin



MasyaAllah nampak simple tapi bila cuba rasa dia pasti terangkat gila.InsyaAllah.

Hari ini cheyah nak share resepi ayam rebus yang superb sihat dan sesuai untuk orang yang sedang berdiet khususnya. 





Bahan-bahan pun mudah sangat iaitu

Ayam yang dipotong kecil (bahagian suka hati selera masing-masing)
2-3 cm halia (dihiris nipis)
2 batang serai
1 sudu besar lada hitam
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau (jika ada limau nipis pun boleh)
sedikit air untuk rebus dan secubit garam

Manakala, cara penyediaannya juga tidak susah bagi yang sedang belajar memasak. 


1. Masukkan air dan tambah hirisan halia beserta serai yang telah dititik/diketuk.



2. Kemudian, masukkan juga lada hitam. Untuk lada hitam ni tak perlu tumbuk. Hanya masukkan macam tu sahaja.



3. Boleh tambah secubit garam untuk bagi ayam rasa yang secukupnya.



4. Masukkanlah ayam dan rebus sehingga ia masak.


5. Bila dah masak, boleh toskan dan masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.

Kemudian, kita akan buat sos meletops untuk disiram ke atas ayam rebus tadi. Air rebusan ayam tidak digunakan lagi. Boleh terus buang atau dijadikan sebagai chicken stock.



Ini adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sos meletops ala thai.

Cara penyediannya juga mudah hanya perlu campur semua sekali dan masukkan sedikit gula untuk bagi rasa yang balance dan sebati.



Dah siap! Tinggal kita curahkan ke atas ayam rebus yang dah ditoskan tadi.




Beginilah hasilnya. Nampak menyelerakan ke tak?



Selamat mencuba!

















Comments

Popular posts from this blog

Resepi Laksam Kelantan Mudah Menjadi | Cheyah Saripuddin

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee - Cheyah Saripuddin

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin