Resepi Ikan Keli Goreng Berlado Sedap | Cheyah Saripuddin
Ya Allah sedap sangat ikan keli goreng garing dan buat berlado macam ni. Memang tak pandang lauk lain.
Ikutkan masa kecil lagi cheyah bukan peminat ikan keli. Boleh dikatan memang tak makan langsung sebab abah bukan pengemar ikan sungai.
Jadi, kami adik beradik tak makan sehinggalah masuk belasan tahun baru start cuba-cuba makan.
Adik cheyah kan semua lelaki, jadi mereka suka memancing dan bawa balik ikan keli. Daripada nak buang, ummi suka masakkan ikan keli berlado macam ni.
Bagi yang pengemar ikan keli pasti kalian suka macam cheyah juga.
Ok jom kita tengok bagaimana cheyah masak ikan keli b erlado versi cheyah ye.
Bahan-bahan
4-5 ekor ikan keli yang dibasuh bersih
5 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (besar)
10-12 biji cili hijau
Garam gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Perkara pertama, opkoslah kena goreng dulu ikan keli tu ye. Cheyah letak garam kunyit sedikit sahaja. Goreng sampai garing
Tahap kegaringan macam ni dah cukup.
Kemudian, tumbuk cili dan bawang. Kalau nak blend pun boleh tapi cheyah suka kasar-kasar ia lebih ummphhhh gitew.
Kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi, Bagi ia garing dan masak secukupnya bolehlah masukkan ggaram gula bagi bakance ye sebelum curahkan ke atas ikan.
Alhamdulillah dah ready nak makan. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment