Tuesday, April 11, 2023

Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin



Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin | Saya mengenali bisnes online pada tahun 2012 iaitu selepas habis pengajian ijazah. Waktu tu ambil keputusan rembat saja kerja yang ada sebab nak kumpul duit untuk berkahwin pada tahun 2013.

Saya pun mendapat tawaran sebagai “Iventory Controller” disebuah syarikat bisnes online yang hingga kini masih lagi aktif di media sosial. Waktu tu saya bukan sahaja jaga stock barang semata, tetapi pengurus bagi task untuk saya jaga akaun ecommercial seperti Lazada, Lelong dan Ebay. Memang kekok juga sebab tak pandai nak berurusan tanpa bersemuka. Lagi-lagi kena berurusan dalam bahasa inggeris terutamanya.

Namun, disaat saya enjoy bekerja. Suami ajak pindah ke Bumi Kenyalang. Saya berhenti dan ambil keputusan sambung belajar sepenuh masa. Waktu tu, suami agak sibuk sebab tugas hakiki suami adalah menjaga perairan negara. Memang seminggu berapa kali je berjumpa. Pada waktu tu juga, saya belum diberikan rezeki ada anak lagi.

Hari saban hari, saya sungguh bosan. Yelah pengajian saya dalam mode  penyelidikan. Bila dah habis tempoh lapangan, kita hanya perlu siapkan tesis sahaja. Tanpa kelas yang perlu kita hadir dan menjadikan banyak masa free untuk saya. Orang yang selalu sibuk faham la kan betapa bosannya bila diri kita tak sibuk dengan aktiviti.

 

1. Jadi Dropship Tanpa Modal

Tahun 2015 tak silap saya dalam bulan ramadan, saya decide untuk buat bisnes online. Saya mencari bisnes dropship yang mudah tanpa keluarkan modal. Jadi, saya pilih menjadi dropship jubah muslimah.

Sejujurnya, pada waktu ni saya main redah sahaja. HQ tak memberikan pendedahan tentang bagaimana nak buat bisnes online. Mereka hanya beri gambar dan harga. Pandai-pandailah kita nak menjual macam mana.

Alhamdulillah rezeki saya sebab ada sedikit pengalaman nak menjual. Saya buka satu  flatform sahaja iaitu di facebook page. Saya tarik orang datang secara organik dan page saya mencecah sehingga 10k follower dalam masa sebulan. Memang jualan meningkat setiap hari walaupun untung hanya RM5 – RM10 sepasang.

Ku sangkakan panas berpanjang, rupanya hujan dipertengahan jalan. Bisnes online tengah rancak dan permintaan tengah tinggi itulah Allah uji dengan production oleh HQ. Memang saya kena hentam dengan customer dan sebagai dropship baru saya sangat terkesan dan ambil keputusan untuk berhenti. Maklumlah waktu ni hati tak kental lagi. Hehe

Kebetulan pula, tahun 2016 saya diberi rezeki bersalin anak pertama. Rezeki saya bukan itu sahaja, Allah izinkan kami sekeluarga dapat pindah balik Semenanjung iaitu ditempat saya tinggal sekarang.

2. Buat Bisnes Baking Sendiri

Selepas habis pantang, pada mulanya saya nak decide untuk bekerja sahaja tetapi anak saya tak nak lepas menyusu badan. Saya akur dan target umur dia tiga tahun saya akan bekerja.

Jadi, menjadi surirumah amatlah bosan bagi saya pada ketika itu. Saya decide untuk belajar baking dan menjual kek coklat meleleh. Permintaan sangatlah baik, tetapi masalah bagi saya adalah masa untuk buat kek. Yelah anak kecik yang perlukan perhatian kita sentiasa dan saya juga masih lagi tak pandai menguruskan masa sebaiknya.

Daripada saya stress, suami decide untuk saya stop. Berlalu begitu sahaja angan-angan menjadi baker terkenal. Huhuhu

 

3. Jadi Agen dan Mini Stokis

Walaupun bisnes baking tak jadi, saya masih lagi berusaha untuk belajar buat bisnes online. Tetiba saya nampak satu posting dari kenalan facebook yang sedang mencari agen sambal. Bermodalkan hanya RM120, saya minta izin suami dan suami setuju.

Dari sini, saya mula belajar sendiri buat personal branding di facebook. Alhamdullilah berkat konsisten, saya mula cabar diri menjadi mini stokis yang bermodalkan RM500. Waktu tu saya dah ada team sendiri walaupun tak sampai sepuluh orang.

Lebih kurang tiga tahun juga saya rancak buat bisnes makanan ni. Bila lama kelamaan, sistem HQ dah mula berubah dan kenaikan margin juga turut berubah. Bagi saya yang bergelar surirumah sangatlah menjadi beban bila nak keluarkan modal yang lebih besar setiap kali restock.

Tambahan, ada masalah stok delay yang memberikan impak pada agen team dan juga customer sedia ada. Jadi, saya buat keputusan untuk tak teruskan dengan bisnes ini pada tahun keempat.

 

4. Jual Produk Kesihatan

Sejujurnya, saya tak berminat pun nak menceburi bisnes produk kesihatan sebab bagi saya kepakaran saya adalah dalam bisnes makanan. Tetapi tak salah jika kita mencuba benda yang baru dan kadang kala benda yang tak suka itulah yang memberikan impak yang besar untuk kita.

MasyaAllah sungguh benar.

Ingat lagi, awal tahun 2021 saya balik dari kerja (waktu ni saya dah bekerja) saya disuprisekan oleh suami dengan produk kesihatan Shaklee iaitu Protein ESP, Vitamin C dan Ostematrik (sekarang Ostenutrix). Suami belanja sebab saya selalu penat dan tak cukup rehat. Maklum la dah bekerjaya dan balik rumah nak uruskan rumah segala bagai.

Bila saya konsisten amalkan, badan saya bertambah segar malah lebih bertenaga. Kulit saya pun semakin baik sebab sebelum ni badan saya banyak naik jerawat badan yang kecil-kecil tu.  Suami sendiri perasan dan dia seronok tengok perubahan kesihatan kulit saya khususnya.

Bila dah jatuh cinta, saya mula servei peluang buat bisnes online dengan Shaklee. Keinginan menceburi dalam bisnes online masih lagi membuak-buak walaupun waktu ni saya dah ada gaji dari majikan. Inilah yang dipanggil passion. Since dah terjebak dengan bisnes online, awak takkan dapat stop sebab its very enjoy walau ia sangat keras. Tiberrr

Pernah kan dengar ayat “Allah S.W.T mengikut sangkaan hambanya” dan Subhanallah setiap hari saya mesti tengok posting tentang peluang buat bisnes online Shaklee dari upline saya kak Aeinna Musa. Dari situ, saya mula rasa seronok dan terus whatsapp tanya bagaimana untuk saya bermula.

Alhamdulillah bulan April, 2021 saya sign up sebagai SID dan sehingga ke hari ini saya rasa sangatlah bersyukur sebab Allah lorongkan bisnes online yang terbaik yang pernah saya buat dan tak akan tinggal. Saya kongsikan 9 sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best di sini. Jemput baca

Continue Reading

Saturday, April 8, 2023

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin


Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik| Cheyah Saripuddin. Semua orang pasti nak kulit muka yang bersih, tak berminyak, tak berjerawat, tak berjeragat dan nampak flawless secara semulajadi.


Oleh itu, penjagaan kulit terutama di kulit wajah adalah rutin harian yang kadang-kadang ada yang malas nak buat. Bila malas, hadaplah kulit yang sentiasa bermasalah.

Sebenarnya, kulit yang cerah dan bersih it tak semestinya memerlukan penjagaan kulit yang baik dari segi produk yang mahal terutamanya.

Tetapi dengan pengambilan suplement vitamin yang betul juga akan dapat memanfaatkan kulit wajah kita tampak bersih, natural dan awet muda.


3 Vitamin Terbaik Untuk Kulit Sihat

1. Vitamin C



Vitamin C sememangnya terkenal di dalam pelbagai produk kecantikan kulit. Ia sangat baik dalam proses mencerahkan kulit secara semulajadi.

Antara manfaat vitamin c ialah

- Meningkatkan penghasilan kolagen
- Mengurangkan kesan pigmentasi
- Memperbaiki parut jerawat
- Membantu masalah jerawat
- Melembapkan kulit
- Melambatkan penuaan
- Kulit lebih berseri dan awet muda

2. Vitamin E

Vitamin E sangtlah cepat berkesan kepada kulit jika diambil secara konsisten. Ia sangat membantu dalam proses penyembuhan kulit dari parut jerawat atau jeragat

Ia juga boleh mengekalkan kelembapan kulit dan elak kulit cepat kering. Tambahan, vitamin E ni adalah berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas dan mampu membuatkan kulit sihat secara keseluruhan.


3. Protein


Protein diibaratkan sebagai bahan binaan asas dalam badan. Jadi, untuk pembentukan sel kulit yang baru, memang memerlukan protein.

Jika kita kekurangan protein harian, ia boleh menyebabkan sel kulit menjadi rosak dan seterusnya menyebabkan kulit kita mendapat tanda penuaan lebih awal dari usia.

Oleh itu, protein sangat penting untuk menjadikan kulit badan atau wajah lebih sihat dan cantik.

Antara manfaat protein adalah

- Melambatkan kulit berkedut dan garis halus
- Membantu kulit lebih anjal
- Mengatasi masalah kulit kering
- Memperbaiki kelembapan kulit
- Mengatasi masalah pigmentasi
- Memberikan kulit tampak lebih cerah



Set Vitamin Terbaik Shaklee

Setelah kita ketahui 3 vitamin terbaik yang diperlukan oleh kulit untuk tampak sihat dan cantik.


Jadi, inilah supliment vitamin Set Vitamin Kulit Shaklee yang disukai oleh ramai rakyat Malaysia. Mereka suka sebab ramai yang mendapat kesan terbaik untuk kulit. Lagipun ia selamat diamalkan untuk jangka masa panjang.

Awak boleh dapatkan segera set vitamin kulit terbaik pada bulan ini sebab harga yang sangatlah rahmah. Tak sampai seratus ringgit pun. Berbaloi 🤩

Testimoni Pengguna Set Kulit Cantik Shaklee

1. Parut Jerawat Hilang


Kulit makin glowing selepas amalkan set vitamin kulit terbaik


2. Kulit makin sihat dan cerah.



Bukan sekadar dapat pakej kulit sihat dan cantik tapi jerawat pun dah segan nak naik. Memang ajaib bila amalkan set vitamin terbaik Shaklee



Set Vitamin Kulit Shaklee ada 2 item iaitu protein ESP dan Vitamin C ini dengan harga rahmah iaitu hanya RM99 sahaja. Free membership seumur hidup.

Hubungi cheyah di talian 010-2006247 untuk grab set promo ini sebelum tamat promosi (bulan april 2023 sahaja).

#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Continue Reading

Saturday, March 18, 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Supliments Terbaik Di Malaysia - Cheyah Saripuddin

Di Malaysia, terdapat banyak jenama suppliment yang berada dipasaran. Setiap supliment ada kelebihannya yang tersendiri. Tapi, kenapa cheyah memilih supliment Shaklee berbanding supliment jenama lain? Jom cheyah kongsikan untuk awak.


7 Sebab Kenapa Shaklee Supliments Terbaik Di Malaysia 


Shaklee dah lama dipasaran. Bila dah lama, ofcourselah ia mendapat permintaan yang luar biasa. Produk yang kekal lama pastinya ada penerimaan yang tinggi.

Mana taknya, cheyah sendiri dari sekolah menengah lagi dah familiar tengok Shaklee. Cuma belum mampu lagi sehinggalah sekarang decide nak consume untuk kesihatan diri dan keluarga sekali.

Eh lupa nak bagitahu yang salah satu produk tertua Shaklee iaitu multivitamin dimana ia adalah vitamin yang pertama di Amerika Syarikat. Nama vitamin pun sebenarnya singkatan dari vitalized minerals (vitamin) pada tahun 1915.




Bahan semulajadi yang asli lagi beyond organik. Memang tak boleh dinafikan yang produk Shaklee merupakan produk sumber asli dimana;

- Tiada bahan tiruan, bahan pengawet dan bahan kimia yang berbahaya
- Mematuhi standard piawaian keselamatan yang tinggi
- Tidak memberikan impak kepada persekitaran
- Bebas gluten. Jadi orang alergik pun boleh ambil
- Tak pernah melakukan ujian ke atas haiwan. Jadi, ia bebas dari penganiayaan


Supliments Shaklee ada Kajian Landmark yang diketuai oleh penyelidik pemakanan terkenal iaitu Dr. Gladys Block bersama University of California. Mereka merupakan salah satu pengkaji terbesar pengguna jangka masa panjang untuk supliment.

Daripada kajian, mereka menunjukkan bahawa pengambilan suppliments Shaklee memberikan kesan yang lebih baik untuk kesihatan jatung, otak dan kesihatan kognitif. Ini sudah membuktikan yang Shaklee memang pilihan suplimen yang terbaik untuk untuk semua lapisan umur.



Produk selamat, berkesan dan halal.  Ini yang mengukuhkan bahawa Shaklee merupakan supliments terbaik di Malaysia.

Lagipun Shaklee ni dah lebih 25 tahun berada di pasaran negara kita. Mestilah ada kelulusan KKM dan sijil halal yang diiktiraf oleh Jakim.


Lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun dibuat bagi menjamin ketulenan produk dan Shaklee juga telah melabur lebih 250 juta untuk klinikal dan penyelidikan. Ini dah cukup membuktikan Shaklee selamat dan berkesan untuk semua.


Dianugerahkan Trusted Brand Kategori Vitamin Suplemen Malaysia selama dua tahun berturut-turut iaitu 2021 dan 2022 yang dibuat oleh Reader Digest.

Anugerah ini adalah anugerah yang dijalankan oleh pihak ketiga dan bukan pihak Shaklee yang buat  servei. Ia adalah hasil dari pengundi dari kalangan pembaca Reader Digest.



Banyak testimoni yang dikongsikan di media sosial tentang perubahan kesihatan selepas mengamalkan supliments Shaklee.

Malah produk Shaklee tersendiri dipercayai oleh atlet-atlet sukan antarabangsa hinggalah ke angkawasan NASA untuk meningkatkn kecergasan serta prestasi mereka.



Supliments Shaklee sangat berbaloi sebab tahan lama. Contohnya Vitamin C Plus dimana satu botol ada 180 tablets. Jika diambil sebiji sehari, ia bolej tahan sehingg enam bulan. Sungguh jimat kan?


Sebab itulah Shaklee menjadi suppliments terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan vitamin nombor satu oleh pengguna. Sama macam cheyah juga. Alhamdulillah.

#BlogMegaShaklee2.0
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Continue Reading

Wednesday, March 15, 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee - Cheyah Saripuddin

 



Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee - Cheyah Saripuddin. Siapa tak nak kurus sebelum raya kan? Mestilah nak sebab tak nak hadapan makcik bawang tegur kita. Kan asyik tanya "dah berapa bulan tu" atau "kenapa nampak makin berisi". Boleh buat panas telinga dibuatnya nanti. 


Jadi, cheyah bawakan Set Kurus Shaklee untuk bantu awak kurus sebelum raya. Alhamdulillah ramai yang dah berjaya kurus dengan set Hello New You ni. 


Set ini ada 4 jenis produk;

1. Protein Cinch Shake

2. Omega Guard

3. Lecithin

4. Herblax


Fungsi dan Manfaat Set Hello New You

1. Protein Cinch Shake


Fungsi protein ni sebagai pengganti makanan dan boleh menjimatkan kalori intake semasa berpuasa. 


Dalam proses penurunan berat badan, kalori intake sangat penting. Jadi, boleh jadikan Cinch shake sebagai makanan sahur dan Moreh. 


Manfaatnya;

- Boleh meningkat metabolisme badan. Bila metabolisme kita naik, proses pembakaran lemak akan lebih cepat

- Mengekalkan otot dan membina otot. Bila berlaku penurunan berat badan, otot tak akan mengelebeh dan proses badan untuk gemuk semula menjadi lambat atau kurang

- Memberikan rasa kenyang lebih lama dan tetap bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa

Protein Cinch shake ni ada tiga perisa iaitu coklat, latter dan vanila. Ketiga-tiga Flavor yang sangat sedap. Istimewanya Cinch shake ni ada leucine dimana ia bantu kurangkan risiko kesan yo-yo


2. Omega Guard


Omega guard adalah minyak ikan tulen yang berkepekatan tinggi dan prosesnya  sangat berbeza dengan minyak ikan lain dipasaran.

Mengandungi Omega 3 (EPA dan DHA) untuk menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL dan menaikkan HDL. 

Sebab tu omega guard ada dalam set kurus Shaklee. Ia berfungsi untuk tingkatkan metabolisme badan. bila metabolisme tinggi, proses pembakaran lemak akan lebih cepat.

Antara manfaatnya yang lain;

- Meningkatkan peredaran darah ke otot badan semasa proses senaman dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
-Mengawal paras lemak yang sihat yang teekumpul dalam makanan harian
- Meningkatkan kepekatan insulin


3. Lecithin


Lecithin nie pengemulsi lemak secara semulajadi di dalm saluran darah. Fungsinya utuk memecahkan lemak degil dan menyingkirkan toksik dari badan.


Manfaatnya;

- Membantu turunkan kolesterol jahat dan juga baik utk kesihatan jantung.

- Mencegah penyakit berkaitan hati

- Membantu mengawal gula dalam darah

- Membantu kuatkan memori dan kurangkan risiko nyanyuk.


4. Herblax 


Fungsi untuk melancarkan pergerakan usus. Bila usus elok, nutrien dari pemakanan akan diserap dengan baik dan proses penurunan berat badan juga menjadi lebih cepat

Manfaatnya;

- Membantu mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan

- Mengurangkan penyerapan lemak

- Melembutkan pergerakan najis dalam usus. Jadi, bebas masalah sembelit



Secara keseluruhanya, set Kurus Hello New You ni adalah selamat, semulajadi dan berkesan.


Testimoni Set Kurus Shaklee



Lebih kurang sebulan mengamalkan set kurus Hello New You Shaklee boleh turunkan berat 7kg. Sangatlah proven!




Bagi yang nak mendapatkan set Kurus boleh tekan icon WhatsApp dibawah.

Continue Reading

Sunday, March 12, 2023

Duit Raya Awal Dari Shaklee - Cheyah Saripuddin

Duit Raya Awal Dari Shaklee - Cheyah Saripuddin. Tak dinafikan bulan Mac tahun ini agak mencabar berbanding bulan lain. Yelah dengan persediaan sekolah, nak sambut puasa dan juga hari raya. Macam cheyah sendiri amat terkesan sebab anak baru nak masuk sekolah rendah. Memang perlukan banyak keperluan baru. Walaupun anak cuma seorang, keperluan sekarang sangat berbeza berbanding zaman kita. 


Duit raya awal dari Shaklee

Cheyah tak sangka sebenarnya akan dapat duit Raya awal dari Shaklee. Patut la bulan pertama join bisnes Shaklee dua tahun lepas, cheyah heran ada duit lebih dalam akaun. Rupanya duit raya dari Shaklee masuk awal. InsyaAllah raya 2023, cheyah akan dapat duta raya awal lagi dari Shaklee. Alhamdulillah. 


Duit raya Shaklee untuk apa?

Biasanya Shaklee akan bagi duit Raya pada 14hb setiap bulan. Raya 2023 jatuh pada 22hb. InsyaAllah seminggu sebelum raya dah dapat. Jadi dah boleh buat persediaan akhir raya. 


Kalau macam cheyah yang duduk jauh di perantauan memang memerlukan banyak duit untuk persediaan keperluan balik kampung. Antaranya;


1. Nak beli baju raya keluarga dan ibubapa. Memang wajib setiap tahun belanja mak ayah sepasang baju raya. Baik mak ayah cheyah sendiri atau mak ayah mertua


2. Standby duit raya untuk anak-anak saudara dan secara mara terdekat. Bab duit raya ni memang la optional nak bagi ke tak kan? Tapi tak salah nak bagi sebagai sedekah kita. Macam cheyah pun bagi pada anak-anak saudara yang banyak sikit berbanding yang lain. Tapi tula anak saudara pun lebih 10 orang memang banyak juga kena standby. 


3. Keperluan bahan masak terutama masa raya. Waktu Ramadan selalunya cheyah bersederhana je sebab makan nasi waktu berbuka puasa sahaja. Jadi, memang banyak spend kepada bahan basah dan keperluan makan di hari raya. Keluarga besar lagu-lagu banyak keperluan kena sediakan


4. Duit minyak dan juga kecemasan. Maklumlah cheyah duduk jauh di Johor nak balik Kelantan amatlah besar belanjanya. Tu belum termasuk kos servis kereta sebab nak jalan jauh. 


Banyak lagi kalau nak lisan keperluan. Yang bestnya Shaklee akan bagi duit raya sebanyak mana yang kita usaha. 


Berapa duit raya Shaklee bagi?

Nilai duit raya dari Shaklee adalah unlimited sebab kita yang tentukan berapa yang kita nak. Nak ratus, ribu, puluh ribu malah ratus ribu pun boleh. Memang tak mustahil nak dapat duit raya sejuta sekalipun dari Shaklee. 


Bagaimana cara nak dapat duit raya dari Shaklee

Mudah sangat. Awak hanya perlu menjadi ahli berdaftar Shaklee dengan dua cara;


1. Bayar yuran pendaftaran RM35 atau

2. Buat belian produk Shaklee dengan pakej "Free Membership". Kat sini awak lebih untung sebab dapat ramai sendiri pengalaman consumer produk kesihatan Shaklee. Jadi lebih senang awak nak berkongsi pada yang lain dan peluang awak nak dapat duit raya dari Shaklee pun tinggi. 


Jom kita sesama dapat duit raya awal dari Shaklee. Boleh hubungi whatsapp cheyah di nombor ini 010-2006247 untuk cheyah cerita lebih detail. 


Continue Reading