Posts

Showing posts from 2022

Resepi Singgang Ikan Kembung - Cheyah Saripuddin

Image
Dah buntu tak tahu nak masak lauk pauk apa? Apa kata buat je singgang ikan kembung super duper express dan simple. Nak masak pun tak sampai setengah jam dah settle. P aling penting bagi saya seluruh keluarga boleh makan dan makin berselera. Bahan-bahan 2 ekor ikan kembung (potong dua) 1 biji bawang merah (dimayang) 4 ulas bawang putih (diketuk) 3 inci lengkuas (dihiris je) 2 batang serai (dititik) optional 1 inci halia (diketuk) optional 1 biji limau nipis (nak masam lagi letak lagi) optional Sedikit garam dan gula Air secukupnya Cara penyediaannya 1. Panaskan air dan masukkan semua bahan kecuali asam limau dan ikan 2. Bagi air mendidih baru masukkan ikan tadi. Kecilkan api bagi ikan masak sekata. 3. Masukkan bahan perasa iaitu gula dan garam. Perah asam limau. 4. Dan biarkan seketika. Nampak ikan masak tutup api dan sedia untuk dihidang. Perghhhh ngencess weh. Makan pula dengan upam dan budu memang terangkat habis. Boleh juga view versi video disini : Resepi Singgang Ikan Kembung Sela...

Cara Nak Maintain Berat Badan | Cheyah Saripuddin

Image
  Salah satu tanda kita sayang diri kita ialah kita menjaga diri kita sebaiknya kan? Kita nak sihat, nak cantik, nak kurus dan nak maintainkan berat badan untuk kepuasan diri kita sendiri bukan tujuan nak menunjuk pada orang lain. Disini, cheyah kongsikan tiga cara nak maintain berat badan malah pakej boleh kuruskan badan kepada BMI yang normal.   1. Tidak skip sarapan pagi. Rata-rata individu menganggap jika tidak mengambil sarapan pagi ia akan membuatkan berat badan tetap maintain tetapi sebenarnya jika kita tidak mengambil sarapan pagi, ia akan cenderung kepada pengambilan jumlah makanan yang banyak. Yelah bila tak makan pagi perut cepat sangat lapar dan kita jadi makan banyak tanpa sedar. Seeloknya kita mengamalkan sarapan pagi yang rendah kalori untuk meningkat metabolisma badan dan mampu menjana tenaga yang banyak untuk menjalankan rutin harian kita. 2. Kurangkan makanan dan minuman manis Memang tidak dinafikan makanan atau minuman yang bergula sangat sedap dan gula ad...

Resepi Ayam Hainan Simple - Cheyah Saripuddin

Image
Nasi ayam hainan ni kira salah satu feberet anak perempuan cheyah. Yelah ibu mana tak suka tengok anak makan bertambah. Rasa puas hati kalau masak berkali-kali. Harini cheyah buat nasi ayam hainan tanpa kukus. Just simple step dan simple bahan-bahan. Tempoh masa pun tak la lama sebab boleh buat sekali arung begitu je. Bahan-bahan dan cara penyediaannya. 1. AYAM HAINAN 4-5 ketul ayam (kalau nak guna sebelah pun boleh) Seinci halia (diketuk je) Sepohon daun bawang (simpul) Sedikit garam 1.5 liter air - Satukan semua bahan kecuali ayam. Rebus air sehingga ia mendidih dan bila mendidih, kecilkan api. Masuk ayam dan biarkan sehingga ia empuk/masak. 2. NASI AYAM 2 cup beras putih (dibasuh) 1 inci halia (diketuk) 3 ulas bawang putih (diketuk) 1 helai daun pandan (disipul) Sedikit minyak/mentega Air rebusan ayam secukupnya - Panaskan minyak, tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ke dalam nasi. Tambah air rebusan ayam dan masak nasi macam biasa. 3. SAMBAL CILI 10 biji cili pad...

Cendawan Enoki Goreng Crispy & Spicy | Cheyah Saripuddin

Image
Ya Allah terliur lama dah cheyah dengan enoki goreng ni. Eh tetiba kelmarin dulu tengok tiktok keluar resepi ni. Itu yang masa topup barang basah terus rembat bahan sekali. Cendawan enoki ni cheyah beli dekat Lotus. Harga sepeket 85 sen sahaja. Mampu miliklah sapa yang belum pernah cuba. Baik, untuk resepi kalini very the simple. Cheyah hanya perlukan  2 peket cendawan enoki 5 sudu besar tepung serbaguna pedas 1 biji telur Seikit minyak untuk menggoreng Dan cara penyediaanya pula sepantas kilat iaitu celup bersama telur dan gaul bersama tepung. Then goreng. Senang sangat kan! Anak-anak yang suka makan pedas korang bagi cuba  Tentu mereka suka.😍 Selamat mencuba.

3 Sebab Badan Letih Ketika Berpuasa | Cheyah Saripuddin

Image
  Pernah tak mengalami badan cepat letih ketika berpuasa? Padahal kita dah makan banyak ketika berbuka dan bersahur tetapi badan kita tetap rasa kurang bertenaga lagi-lagi diwaktu kemuncak iaitu dua tiga jam sebelum berbuka puasa.   Sebenarnya, salah satu sebab badan cepat letih ketika berpuasa adalah kerana badan kita mengalami dehidrasi disebabkan tidak cukup air. Erti kata lain, kita tidak minum air yang cukup mengikut keperluan badan iaitu lapan gelas sehari. Yelah selalu minum air dari pagi sampai malam tapi bila dah puasa ni perlu minum air sebelah malam sahaja. Pentingnya badan yang cukup air adalah untuk memastikan badan kita terhidrasi dengan baik.   Pengambilan gula yang tinggi juga menjadi salah satu sebab badan cepat letih ketika berpuasa. Ini kerana gula yang berlebihan akan mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin yang bertindak menurunkan kadar gula dalam darah dan seterusnya menyebabkan badan bertambah lemah dan lesu.   Di bulan puasa...

Resepi Ikan Keli Goreng Berlado Sedap | Cheyah Saripuddin

Image
  Ya Allah sedap sangat ikan keli goreng garing dan buat berlado macam ni. Memang tak pandang lauk lain. Ikutkan masa kecil lagi cheyah bukan peminat ikan keli. Boleh dikatan memang tak makan langsung sebab abah bukan pengemar ikan sungai. Jadi, kami adik beradik tak makan sehinggalah masuk belasan tahun baru start cuba-cuba makan. Adik cheyah kan semua lelaki, jadi mereka suka memancing dan bawa balik ikan keli. Daripada nak buang, ummi suka masakkan ikan keli berlado macam ni. Bagi yang pengemar ikan keli pasti kalian suka macam cheyah juga.  Ok jom kita tengok bagaimana cheyah masak ikan keli b erlado versi cheyah ye. Bahan-bahan 4-5 ekor ikan keli yang dibasuh bersih 5 biji bawang merah 3-4 ulas bawang putih 4 biji cili merah (besar) 10-12 biji cili hijau Garam gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng Perkara pertama, opkoslah kena goreng dulu ikan keli tu ye. Cheyah letak garam kunyit sedikit sahaja. Goreng sampai garing Tahap kegaringan macam ni dah cukup. Kemudian, tum...

Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Kelantan | Cheyah Saripuddin

Image
Sebut je solok lada ofkoslah semua akan terbayang nasi kerabu. Betul tak? Hehe Cheyah pun macam tu juga. Kalau buat nasi kerabu tak lengkap kalau tak ada solok lada. Rasa macam cacat gitew. Tapi harini bukan nak cerita nasi kerabu pun. Cheyah nak cerita pasal cara nak buat solok lada versi cheyah. Yang paling penting senang dan cepat. Bahan-bahan 5 biji cili hijau (belah dah buang biji) 1/2 biji kelapa parut putih (cheyah guna sikit je yang lain buat santan) 2 ekor ikan rebus ambil isi 4 biji bawang merah Sedikit lada hitam 1 biji telur (utk padatkan dan tak bagi hancur) Gula dan garam Cara penyediaan pun mudah. Pertama, tumbuk semua bahan kecuali telur. Kemudian, satukan dengn kelapa putih.  Masukkan gula dan garam bagi secukup rasa. Kemudian, pecahkan telur tadi. Gaul sebati. Masukkan ke dalam cili hijau yang kita belah tadi. Mampatkn bagi inti dia tak keluar okey. Haaa gini gemok nampak kan. Sedap sangatlah. Last sekali, susun dalam periuk dan masukkan santan. Biarkan ia mendidi...