Cara Nak Maintain Berat Badan | Cheyah Saripuddin
Salah satu tanda kita sayang diri
kita ialah kita menjaga diri kita sebaiknya kan? Kita nak sihat, nak cantik,
nak kurus dan nak maintainkan berat badan untuk kepuasan diri kita sendiri
bukan tujuan nak menunjuk pada orang lain. Disini, cheyah kongsikan tiga cara
nak maintain berat badan malah pakej boleh kuruskan badan kepada BMI yang
normal.
1. Tidak skip sarapan pagi.
Rata-rata individu menganggap jika tidak mengambil sarapan pagi ia akan membuatkan berat badan tetap maintain tetapi sebenarnya jika kita tidak mengambil sarapan pagi, ia akan cenderung kepada pengambilan jumlah makanan yang banyak. Yelah bila tak makan pagi perut cepat sangat lapar dan kita jadi makan banyak tanpa sedar. Seeloknya kita mengamalkan sarapan pagi yang rendah kalori untuk meningkat metabolisma badan dan mampu menjana tenaga yang banyak untuk menjalankan rutin harian kita.
2. Kurangkan makanan dan minuman manis
Memang tidak dinafikan makanan
atau minuman yang bergula sangat sedap dan gula adalah bahan bakar utama untuk
menghasilkan tenaga. Namun, jika pengambilan makanan atau minuman bergula
berlebihan, ia akan disimpan dan membentuk lemak. Oleh itu berat badan sukar
untuk maintain dan menyebabkan berat badan naik mendadak.
3. Mengambil vitamin / supliment tambahan
Setiap hari mestilah wajib mengambil vitamin atau supliment. Kajian menunjukkan multivitamin yang seimbang membekalkan diet
yang cukup nutrisi. Bagi mengekalkan berat badan, lecithin adalah supliment
yang baik dimana ia berfungsi untuk membakar lemak-lemak dalam proses
penghadaman.
Puan Watie telah mengamalkan Lecithin Shaklee secara konsisten setiap hari telah berjaya maintainkan berat badan idea. Lagi best katanya, Lecithin ini juga memberikan kesan luaran iaitu kulit beliau semakin sihat. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment