Posts

Showing posts from November, 2023

Resepi Laksam Kelantan Mudah Menjadi | Cheyah Saripuddin

Image
Hujung minggu pun tuan suami kerja tak pergi ke mana, itu yang cheyah tetiba rajin je. Lagipun nak makan tekak sendiri prefer masak je baru puas hati. 1. LAKSAM (8 batang) Bahan-bahan 3 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1 liter air suam Secubit garam Sedikit minyak untuk sapu pada loyang/tudung puyuk Semua bahan di satukan. Kacau sehingga ia betul-betul sebati dan tak berketul. Nak tapis lagi elok sebab takut tertinggal ketulan yang tak nampak. Panaskan pengukus, dan letak loyang. Sapu minyak masak baru masukkan dua senduk adunan tadi. Kukus dalam 3 minit ataupun nampak adunan gelembung. Angkat dan dirikan sekejap dalam seminit. Boleh gulung seperti dalam gambar 2. KUAH LEMAK LAKSAM Bahan-bahan 10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja) 1 kotak santan adabi 3 cawan air putih 5 ulas bawang merah 2 keping asam keping 1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah letak serbuk je) 2 sudu kecil garam 2 sudu makan gula Masukkan santan ke dalam periuk, tambah