Resepi Laksam Kelantan Mudah Menjadi | Cheyah Saripuddin


Hujung minggu pun tuan suami kerja tak pergi ke mana, itu yang cheyah tetiba rajin je. Lagipun nak makan tekak sendiri prefer masak je baru puas hati.


1. LAKSAM (8 batang)


Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 liter air suam
Secubit garam
Sedikit minyak untuk sapu pada loyang/tudung puyuk


Semua bahan di satukan. Kacau sehingga ia betul-betul sebati dan tak berketul. Nak tapis lagi elok sebab takut tertinggal ketulan yang tak nampak.





Panaskan pengukus, dan letak loyang. Sapu minyak masak baru masukkan dua senduk adunan tadi. Kukus dalam 3 minit ataupun nampak adunan gelembung.




Angkat dan dirikan sekejap dalam seminit. Boleh gulung seperti dalam gambar



2. KUAH LEMAK LAKSAM


Bahan-bahan

10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah letak serbuk je)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula


Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .



Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan. Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga masak.

3. SAMBAL JANTAN


12-15 biji cili padi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu makan cuka
Tumbukkan cili bersama gula dan garam.
Bila dah hancur dan nampak sedikit lumat. Masukkan cuka. Dah siap!


4. ULAM-ULAMAN


Cheyah guna kubis, kacang panjang, timun batang dan taugeh je. Nak tambah bunga kantan, daun kesum, daun serai kayu dan apa-apa yang korang suka pun boleh takde masalah.



Simple je sebenarnya. Buat pun jika ikut step tak sampai dua jam pun. Lama kepada kukus tu je. Yang lain 20 minit dah settle.
Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee - Cheyah Saripuddin

Resepi Singgang Ikan Kembung - Cheyah Saripuddin