Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin
Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin | Saya mengenali bisnes online pada tahun 2012 iaitu selepas habis pengajian ijazah. Waktu tu ambil keputusan rembat saja kerja yang ada sebab nak kumpul duit untuk berkahwin pada tahun 2013. Saya pun mendapat tawaran sebagai “Iventory Controller” disebuah syarikat bisnes online yang hingga kini masih lagi aktif di media sosial. Waktu tu saya bukan sahaja jaga stock barang semata, tetapi pengurus bagi task untuk saya jaga akaun ecommercial seperti Lazada, Lelong dan Ebay. Memang kekok juga sebab tak pandai nak berurusan tanpa bersemuka. Lagi-lagi kena berurusan dalam bahasa inggeris terutamanya. Namun, disaat saya enjoy bekerja. Suami ajak pindah ke Bumi Kenyalang. Saya berhenti dan ambil keputusan sambung belajar sepenuh masa. Waktu tu, suami agak sibuk sebab tugas hakiki suami adalah menjaga perairan negara. Memang seminggu berapa kali je berjumpa. Pada waktu tu juga, saya belum diberikan rezeki ada anak lagi. Hari saban hari,...