Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin



Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin | Saya mengenali bisnes online pada tahun 2012 iaitu selepas habis pengajian ijazah. Waktu tu ambil keputusan rembat saja kerja yang ada sebab nak kumpul duit untuk berkahwin pada tahun 2013.

Saya pun mendapat tawaran sebagai “Iventory Controller” disebuah syarikat bisnes online yang hingga kini masih lagi aktif di media sosial. Waktu tu saya bukan sahaja jaga stock barang semata, tetapi pengurus bagi task untuk saya jaga akaun ecommercial seperti Lazada, Lelong dan Ebay. Memang kekok juga sebab tak pandai nak berurusan tanpa bersemuka. Lagi-lagi kena berurusan dalam bahasa inggeris terutamanya.

Namun, disaat saya enjoy bekerja. Suami ajak pindah ke Bumi Kenyalang. Saya berhenti dan ambil keputusan sambung belajar sepenuh masa. Waktu tu, suami agak sibuk sebab tugas hakiki suami adalah menjaga perairan negara. Memang seminggu berapa kali je berjumpa. Pada waktu tu juga, saya belum diberikan rezeki ada anak lagi.

Hari saban hari, saya sungguh bosan. Yelah pengajian saya dalam mode  penyelidikan. Bila dah habis tempoh lapangan, kita hanya perlu siapkan tesis sahaja. Tanpa kelas yang perlu kita hadir dan menjadikan banyak masa free untuk saya. Orang yang selalu sibuk faham la kan betapa bosannya bila diri kita tak sibuk dengan aktiviti.

 

1. Jadi Dropship Tanpa Modal

Tahun 2015 tak silap saya dalam bulan ramadan, saya decide untuk buat bisnes online. Saya mencari bisnes dropship yang mudah tanpa keluarkan modal. Jadi, saya pilih menjadi dropship jubah muslimah.

Sejujurnya, pada waktu ni saya main redah sahaja. HQ tak memberikan pendedahan tentang bagaimana nak buat bisnes online. Mereka hanya beri gambar dan harga. Pandai-pandailah kita nak menjual macam mana.

Alhamdulillah rezeki saya sebab ada sedikit pengalaman nak menjual. Saya buka satu  flatform sahaja iaitu di facebook page. Saya tarik orang datang secara organik dan page saya mencecah sehingga 10k follower dalam masa sebulan. Memang jualan meningkat setiap hari walaupun untung hanya RM5 – RM10 sepasang.

Ku sangkakan panas berpanjang, rupanya hujan dipertengahan jalan. Bisnes online tengah rancak dan permintaan tengah tinggi itulah Allah uji dengan production oleh HQ. Memang saya kena hentam dengan customer dan sebagai dropship baru saya sangat terkesan dan ambil keputusan untuk berhenti. Maklumlah waktu ni hati tak kental lagi. Hehe

Kebetulan pula, tahun 2016 saya diberi rezeki bersalin anak pertama. Rezeki saya bukan itu sahaja, Allah izinkan kami sekeluarga dapat pindah balik Semenanjung iaitu ditempat saya tinggal sekarang.

2. Buat Bisnes Baking Sendiri

Selepas habis pantang, pada mulanya saya nak decide untuk bekerja sahaja tetapi anak saya tak nak lepas menyusu badan. Saya akur dan target umur dia tiga tahun saya akan bekerja.

Jadi, menjadi surirumah amatlah bosan bagi saya pada ketika itu. Saya decide untuk belajar baking dan menjual kek coklat meleleh. Permintaan sangatlah baik, tetapi masalah bagi saya adalah masa untuk buat kek. Yelah anak kecik yang perlukan perhatian kita sentiasa dan saya juga masih lagi tak pandai menguruskan masa sebaiknya.

Daripada saya stress, suami decide untuk saya stop. Berlalu begitu sahaja angan-angan menjadi baker terkenal. Huhuhu

 

3. Jadi Agen dan Mini Stokis

Walaupun bisnes baking tak jadi, saya masih lagi berusaha untuk belajar buat bisnes online. Tetiba saya nampak satu posting dari kenalan facebook yang sedang mencari agen sambal. Bermodalkan hanya RM120, saya minta izin suami dan suami setuju.

Dari sini, saya mula belajar sendiri buat personal branding di facebook. Alhamdullilah berkat konsisten, saya mula cabar diri menjadi mini stokis yang bermodalkan RM500. Waktu tu saya dah ada team sendiri walaupun tak sampai sepuluh orang.

Lebih kurang tiga tahun juga saya rancak buat bisnes makanan ni. Bila lama kelamaan, sistem HQ dah mula berubah dan kenaikan margin juga turut berubah. Bagi saya yang bergelar surirumah sangatlah menjadi beban bila nak keluarkan modal yang lebih besar setiap kali restock.

Tambahan, ada masalah stok delay yang memberikan impak pada agen team dan juga customer sedia ada. Jadi, saya buat keputusan untuk tak teruskan dengan bisnes ini pada tahun keempat.

 

4. Jual Produk Kesihatan

Sejujurnya, saya tak berminat pun nak menceburi bisnes produk kesihatan sebab bagi saya kepakaran saya adalah dalam bisnes makanan. Tetapi tak salah jika kita mencuba benda yang baru dan kadang kala benda yang tak suka itulah yang memberikan impak yang besar untuk kita.

MasyaAllah sungguh benar.

Ingat lagi, awal tahun 2021 saya balik dari kerja (waktu ni saya dah bekerja) saya disuprisekan oleh suami dengan produk kesihatan Shaklee iaitu Protein ESP, Vitamin C dan Ostematrik (sekarang Ostenutrix). Suami belanja sebab saya selalu penat dan tak cukup rehat. Maklum la dah bekerjaya dan balik rumah nak uruskan rumah segala bagai.

Bila saya konsisten amalkan, badan saya bertambah segar malah lebih bertenaga. Kulit saya pun semakin baik sebab sebelum ni badan saya banyak naik jerawat badan yang kecil-kecil tu.  Suami sendiri perasan dan dia seronok tengok perubahan kesihatan kulit saya khususnya.

Bila dah jatuh cinta, saya mula servei peluang buat bisnes online dengan Shaklee. Keinginan menceburi dalam bisnes online masih lagi membuak-buak walaupun waktu ni saya dah ada gaji dari majikan. Inilah yang dipanggil passion. Since dah terjebak dengan bisnes online, awak takkan dapat stop sebab its very enjoy walau ia sangat keras. Tiberrr

Pernah kan dengar ayat “Allah S.W.T mengikut sangkaan hambanya” dan Subhanallah setiap hari saya mesti tengok posting tentang peluang buat bisnes online Shaklee dari upline saya kak Aeinna Musa. Dari situ, saya mula rasa seronok dan terus whatsapp tanya bagaimana untuk saya bermula.

Alhamdulillah bulan April, 2021 saya sign up sebagai SID dan sehingga ke hari ini saya rasa sangatlah bersyukur sebab Allah lorongkan bisnes online yang terbaik yang pernah saya buat dan tak akan tinggal. Saya kongsikan 9 sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best di sini. Jemput baca

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee - Cheyah Saripuddin