Resepi Ayam Hainan Simple - Cheyah Saripuddin
Nasi ayam hainan ni kira salah satu feberet anak perempuan cheyah. Yelah ibu mana tak suka tengok anak makan bertambah. Rasa puas hati kalau masak berkali-kali.
Harini cheyah buat nasi ayam hainan tanpa kukus. Just simple step dan simple bahan-bahan. Tempoh masa pun tak la lama sebab boleh buat sekali arung begitu je.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya.
1. AYAM HAINAN
4-5 ketul ayam (kalau nak guna sebelah pun boleh)
Seinci halia (diketuk je)
Sepohon daun bawang (simpul)
Sedikit garam
1.5 liter air
- Satukan semua bahan kecuali ayam. Rebus air sehingga ia mendidih dan bila mendidih, kecilkan api. Masuk ayam dan biarkan sehingga ia empuk/masak.
2. NASI AYAM
2 cup beras putih (dibasuh)
1 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 helai daun pandan (disipul)
Sedikit minyak/mentega
Air rebusan ayam secukupnya
- Panaskan minyak, tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ke dalam nasi. Tambah air rebusan ayam dan masak nasi macam biasa.
3. SAMBAL CILI
10 biji cili padi merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 biji limau nipis
2-3 sudu makan cuka
2 sudu besar gula putih
Secubit garam
1/2 cawan air rebusan ayam
- Satukan semua bahan kecuali limau nipis dan cuka. Blanderkan sehingga ia hancur dan halus. Kemudian, perah limau dan masukkan cuka.
4. SAMBAL KICAP
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1/3 cawan air rebusan ayam
Bancuhkan 1/2 sudu tepung jagung dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk tumis
- Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, kicap dan air rebusan ayam. Tambah bahan perasa jika perlu. Masukkan air yang dibancuh dengan tepung jagung. Kacau sebati dan tutup api.
5. SUP KOSONG
Gunakan kuah air rebusan ayam. Tambahkan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Dah siap!
Senang sangat kan? So tunggu apa lagi. Jom kita masak sesama. Moga bermanfaat semua.
Comments
Post a Comment