Resepi Singgang Ikan Kembung - Cheyah Saripuddin


Dah buntu tak tahu nak masak lauk pauk apa?

Apa kata buat je singgang ikan kembung super duper express dan simple.

Nak masak pun tak sampai setengah jam dah settle. Paling penting bagi saya seluruh keluarga boleh makan dan makin berselera.


Bahan-bahan




2 ekor ikan kembung (potong dua)
1 biji bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci lengkuas (dihiris je)
2 batang serai (dititik) optional
1 inci halia (diketuk) optional
1 biji limau nipis (nak masam lagi letak lagi) optional
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya

Cara penyediaannya

1. Panaskan air dan masukkan semua bahan kecuali asam limau dan ikan

2. Bagi air mendidih baru masukkan ikan tadi. Kecilkan api bagi ikan masak sekata.

3. Masukkan bahan perasa iaitu gula dan garam. Perah asam limau.

4. Dan biarkan seketika. Nampak ikan masak tutup api dan sedia untuk dihidang.


Perghhhh ngencess weh. Makan pula dengan upam dan budu memang terangkat habis.


Boleh juga view versi video disini : Resepi Singgang Ikan Kembung


Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee - Cheyah Saripuddin

Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin