9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best - Cheyah Saripuddin


Asaalamualaikum semua. Alhamdulillah bulan ni genap tahun kedua cheyah bersama komuniti bisnes Shaklee.


Jadi, cheyah ingin berkongsi dengan kalian kenapa komuniti bisnes Shaklee ni best berbanding bisnes lain yang pernah cheyah ceburi.


1. Circle Bisnes Mesra Keluarga


Kalau ikutkan bisnes sebelum ni, bila buat bisnes ofkoslah kita akan deal dengan founder semata-mata.

Team memang ada tapi tak seakrab dalam komuniti bisnes Shaklee.

Sejujurnya cheyah rasa komuniti bisnes Shaklee ni dah macam keluarga sendiri. 

Bila jumpa Ya Allah rasa macam kenal berpuluh tahun. Mesranya. Santuninya cheyah sebagai orang baru dalam keluarga Shaklee.



2. Menitikberat Pengisian Rohani


Dalam komuniti bisnes Shaklee sangat menitikberat pengisian rohani bukan sahaja tentang marketing bisnes semata.

Contoh pengisian rohani adalah setiap minggu kami ada majlis bacaan Yasin  bersama-sama.


Poster majlis bacaan Yasin. Selepas majlis akan ada sedikit tazkirah pendek dari ustaz jemputan.


Selain itu, kami ada group tadarus yang diketuai oleh muallimah yang bertauliah. Memang sangat membantu kami untuk sentiasa konsisten membaca Al-Quran. Alhamdulillah.


3. Tak Kedekut Ilmu


Bila sebut bab ilmu ni sangatlah luas baik dari marketing, strategi, rohani, keperibadian, nasihat dan sebagainya.

Memang komuniti bisnes Shaklee sangat tak kedekut ilmu even dari team yang berbeza.

Kalau ada nak tanya apa-apa boleh direct tanya. Cara penyampaian pun amatlah berbeza bila orang memberikan ilmu dengan ikhlas. Kita yang menerima pun mudah faham jadinya.


4. Marketing Tools Depan Mata


Cheyah sebagai orang baru dalam komuniti bisnes Shaklee amatlah seronok bila adanya marketing tools yang complete.

Tak susah untuk kita study pasal produk dan nak share feedback customer. Semua dah tersedia di channel telegram.

Tinggal kita pilih untuk guna buat marketing bila-bila masa.


5. Workshop dan Seminar Percuma


Bila ada seminar atau workshop memang cheyah rasa teruja nak join. Bukan sahaja ia percuma, malah akan dapat gift serta reward yang best-best jugak. 😍

Macam hujung tahun lepas, cheyah join buat pertama kali workshop komuniti Shaklee.

Ya Allah seronok sangat. Bukan sahaja dapat ilmu baru, jumpa upline dan downline team tetapi dapat layanan macam vvip.

Pastu ada pula gift yang exclusive dengan tajaa makan yang sedap belaka.

Syukur sangat Allah izin dapat join komuniti bisnes Shaklee. Rasa tak sabar nak hadirkan diri di seminar seterusnya lagi.





Sekitar gambar workshop Shaklee Ambassador anjuran Projek Viktoria di Jasin, Melaka.


6. Peluang Cungkil Skill


Bab cungkil skill cheyah sungguh rasa best berada dalam komuniti bisnes Shaklee.

Alhamdulillah cheyah ada pengalaman tersendiri dimana baru beberapa bulan join komuniti terus diberi kepercayaan dalam ilmu "video editing"

Upline cheyah Aeina Musa, Master Nadiah, Master Iffah dan Master Dosh sangat membantu dan support.

Mereka memberikan cheyah rasa lebih yakin nak share ilmu walau secebis sahaja yang cheyah tahu. 




7. Extra Reward Dari Upline


Bestnya berada dalam komuniti bisnes Shaklee ni ada upline yang turut suntik semangat untuk berjuang.

Salah satunya beliau suka bagi reward dan hadiah. Walau orang nampak sekecil-kecil pemberian, tapi untuk cheyah ia sangat membantu momentum untuk terus konsisten buat bisnes.

Upline adalah leader cheyah. Beliau sangat memahami, tak buat cheyah stress dan sangat memberikan jalan jika cheyah ada masalah.

Terima kasih kak Aeinna Musa jadi upline yang berjasa untuk cheyah.


8. Adil dan Tak Menindas


Kalau nak tahu, inilah salah satu punca cheyah join komuniti bisnes Shaklee dimana ia sangat adil dan tak menindas.

Yelah sapa usaha lebih ia dapat lebih. Tak ada istilah kau leader kau goyang kaki dan kau dapat untung.

Memang tak ada istilah sebegitu dalam komuniti bisnes Shaklee.

Kalau kita level pengedar sekalipun, kalau kita usaha lebih memang kita akan dapat bonus lebih dari leader  tau. Itu yang cheyah paling suka.


9. Bisnes Tanpa Modal


Tipu kalau kata bisnes tak perlukan modal kan?

Tapi serius cheyah cakap, komuniti bisnes Shaklee ni sangatlah membantu orang yang nak buat bisnes tanpa modal.

Tak perlu bergolok gadai cari modal sebab dalam bisnes Shaklee ni hanya perlukan usaha yang berpanjangan.

Lagipun dalam komuniti ada menyediakan sistem dropship. Kita perlu cari pelanggan baru buat pembelian dalam sistem dan direct pos pada pelanggan.

Cheyah rasa amatlah senang dan tak penat nak bungkus parcel bagai. Sangat jimat masa berbanding buat bisnes lain sebelum ni.


Parcel yang dihandel oleh dropship Projek Viktoria


Jadi, awak yang baru nak cuba buat bisnes boleh la join komuniti bisnes Shaklee cheyah.

Nak tahu detail boleh klik icon whatsapp kat tepi. Nanti cheyah share sampai awak fahami.


Cheyah Saripuddin

Pengedar Sah Shaklee Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee - Cheyah Saripuddin

Pengalaman Mula Bisnes Online – Cheyah Saripuddin