3 Review Projek Blog Mega 1.0 - Cheyah Saripuddin

 


Bismillah MasyaAllah.


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Allah izin cheyah untuk review tentang Projek Blog Mega 1.0 yang telah berjaya tamat bulan lepas.


Walaupun cheyah tak sempat join tapi cheyah rasa sangat teruja mendengar tempias daripada team cheyah. 


Apa yang cheyah review ni adalah hasil tempias yang cheyah dapat dan berkesempatan join kelas.


1. Dapat belajar tentang SEO


Sejujurnya sebelum ini cheyah tak tahu langsung tentang apa itu SEO.


Bila join kelas dari Master Salwa, cheyah faham kita perlu combine SEO bersama dengan media sosial yang kita ada.


Ilmu SEO ini sangatlah membantu cheyah yang baru masuk dalam dunia bisnes Shaklee dan ingin hit sales melalui blog.


2. Dapat kenal jemaah blogger yang hebat


Cheyah sebelum ni banyak fokus pada media sosial semata. Jadi, bab blog ni memang zero.


Bila tengok Projek Blog Mega 1.0 ni, ramai sangat otai-otai blog yang join dan memberikan tunjuk ajar serta support.


Memang sangat teruja bila kita orang yang baru nak belajar dikelilingi oleh orang dah hebat yang tak kedekut ilmu. Alhamdulillah


3. Dapat create momentum dan semangat bisnes yang kuat


Untuk orang baru macam cheyah sangat memerlukan projek macam Projek Blog Mega 1.0 ni sebab ia bantu suntik semangat membara untuk konsisten dalam bisnes.


Lagipun peluang untuk belajar membina networking melalui projek ini mampu memberikan impak daya saing yang sihat.


Cheyah sungguh excited untuk join Projek Blog Mega 2.0. Doakan cheyah berjaya dipilih sebagai salah seorang pesertanya.


InsyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Terbaik Untuk Sihat dan Cantik - Cheyah Saripuddin

Perbezaan Vivix dan ResV Shaklee - Cheyah Saripuddin

Resepi Laksam Kelantan Mudah Menjadi | Cheyah Saripuddin